Welcome to my blog....

Thursday, June 23, 2011

bila saya sedih...

assalamualaikum... saya bukanlah sapa2x... ketentuan itu ditentukan oleh Allah yang Maha Besar.. apa yang akan kamu lakukan bila kamu berasa sangat tidak bersedia... tension dengan ennvironment sekililing... saya,....... saya lemah... 'aku hanyalah insan biasa... tolongilah diriku untuk menjalani ke arah jalan yang benar... yang diredhai.. esok kami akan bertolak untuk masuk... Ya Allah berilah kejayaan itu milik kami... sesungguhnya.... dirimulah yang berhak terhadap apa yang kamu ciptakan..... kami redha Ya Allah.. kepada pembaca doakan kami untuk mendapat emas dalam Masum nanti... wassalam...

Monday, May 30, 2011

sebuah kenangan

dalam kehidupan kita sudah semestinya merasai rasa suka duka kehidupan..... pelbagai perkara yang kita perlu tempuh... yang pahit yang manis.... baru 3 hari di UPSI saya dah merindui keluarga saya di kampung.... dapat berkongsi2x cerita dengan keluarga adaalh satu moment indah dalam kehidupan ku... selamat hari ibu mama... angah sayang mama.... doakan angah berjaya yer.... dalam kejayaan kita..kita jangan bongkak kerana tanpa bantuan daripada yang maha esa dan orang sekeliling kita bukan mudah kejayaan itu untuk dicapai.... salam....

Tuesday, May 17, 2011

rindunya....

rindunya dengan blog nieh.... lama dah x menulis... sebenarnya sy nie bukan nya pandai sangat nak menulis..... hmm... apapun selamat hari guru n selamat hari ibu kepada semua... saya sayang kamu
 semua.....

Friday, April 22, 2011

Belum terlambat syg.....

22 April 2011


carilah hidayah Allah... jgn sampai rasa syurga dan neraka itu x penting... lupakan kesilapan lalu... bina hidup baru... dosa pahala masing-masing..... wake up ezzaidah... sehitam2x bayang2x kalau disuluh cahaya akan terang juga.... jgn lakukan perkara yang memang kita tau berdosa... tp kita ttp lakukan,........ syg iman kamu.... syg keluarga kamu.... syg masa depan kamu... 



Saturday, April 16, 2011

Selamat Berjuang Sayang

nukilan ini khas ditujukan kepada insan yang bernama Ezzaidah Binti Sazali. ingat Ezzaidah walaupun kamu selemah mana.... Allah itu sentiasa ada untuk kamu.... kawal kemarahan mu itu dengan kesabaran... InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lebih lancar... jangan mencampurkan 2 perkara dalam satu masa.... Ezzaidah, saya yakin dengan kamu... saya tau kamu tabah... tempat yang paling afdal untuk megadu ialah Allah Taala... kadang kamu lupa Ezzaidah, waktu kamu sedih kamu nak org itu sentiasa ada untuk kamu, tapi Allah Taala lain,walaumcm mana keadaan dirimu kamu... Allah itu sentiasa ada untuk kamu... kuat kan semangat Ezzaidah! yakin boleh n Jgn Sedih!

Monday, November 29, 2010

Kekasih Halalku….

Di waktu kelapangan ini.. tiba-tiba teringat suatu majlis Walimatul Urus yang telah saya hadiri bersama keluarga… Majlis yang sederhana dan berlandaskan  syariat Islam... Sungguh berseri pasangan mempelai taktala diusik oleh keluarga dan teman-teman rapat.. terpancar seri pengantin di kedua-dua wajah pesangan pengantin yang dirai..
Dengan Lafaz Akad Nikah maka telah halal dua hati untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah dalam Agama Islam. 

 



Sesi pemberian Mas kahwin oleh suami kepada isteri yang baru dinikahinya. Menurut undang-undang Keluarga Islam, maskahwin ialah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, samada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak dapat dinilai dengan wang.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nisaa’ ayat 4 yang bermaksud : ” Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka.” Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadith riwayat Bukhari yang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .”
Ha… bakal-bakal suami jangan lupa mas kahwin ya… ia adalah WAJIB untuk para isteri….




Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih) Maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka

Diriwayatkan oleh Maisaran bin Ali dari Abu Said Al-Khudri





Tidak perlu mencari secantik Balqis,
andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf
jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim
andai diri tak sehebat Siti Hajar
dan mengapa didambakan teman hidup yang sempurna Muhammad
jika ada keburukan pada diri,
bimbinglah dirinya dan terima lah kekurangan itu sebagai keunikan,
carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya
dan berdoalah dia milik mu...

SEKILAS DI MAJLIS WALIMATUL URUS.....
Ya Allah Ya Tuhan kami
Kami mohon limpah kurnia Mu,
berkatilah majlis ini semoga berjalan dengan sempurna sepertimana yang Engkau Kehendaki.
Limpahkanlah barakah dan rahmat jua keampunan Mu kepada pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumah tangga mereka sakinah, mawaddah dan warahmah dalam ketaatan terhadapMu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan juga di akhirat. Sempurnakanlah iman serta agama mereka dengan berkat ikatan ini.
Moga perkongsian hidup mereka berkekalan hingga ke akhir hayat"







                                                        ~ sElaMaT pEnGAnTiN BaRu ~
                    ~ TENGKU SYAHREDZUAN DAN SITI AMINAH~
*cinta itu seperti bunga-bunga,ia akan tumbuh di setiap hati yang ingin di mengerti di setiap hati yang rindu di dampingi,
cinta iu seperti seekor kupu-kupuyang indah dan tak mungkin di sentuh,tapi keindahanya dapat menjadikan sebuah taman yang menenangkan.*
 ~Salam Ukhwah~


Kemanisan Kesabaran dan Kesyukuran

" Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNYA kami kembali,"  mereka itu adalah orang-orang yang dikurniai rahmat Allah, dan mereka termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. " Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan,, serta kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, ' Inna Lillahi wa inna Ilahi raji'un. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" 

( Al-Baqarah: 155-157)

Justeru sahabatku.. Tidak rugi sezarah pun kalau kita bersabar dalam setiap perkara.. Sesungguhnya sabar itukan adalah sebahagian daripada iman. 




Ha... La Tahzan (jangan bersedih)... kita sentiasa ada yang Maha Mendengar untuk mendengar masalah kita,.. ingat sewaktu kita ditimpa ujian itu tanda kasih Allah kepada kita.. Dia sebenarnya mengingatkan dan menginginkan kita untuk sentiasa berdamping dengannya..





Ya Allah, tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahaya Mu, bimbinglah kesesatan ini ke arah jalanMu dan bimbinglah orang yang tergelincir menuju petunjukMu....