Welcome to my blog....

Monday, November 29, 2010

Kekasih Halalku….

Di waktu kelapangan ini.. tiba-tiba teringat suatu majlis Walimatul Urus yang telah saya hadiri bersama keluarga… Majlis yang sederhana dan berlandaskan  syariat Islam... Sungguh berseri pasangan mempelai taktala diusik oleh keluarga dan teman-teman rapat.. terpancar seri pengantin di kedua-dua wajah pesangan pengantin yang dirai..
Dengan Lafaz Akad Nikah maka telah halal dua hati untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah dalam Agama Islam. 

 



Sesi pemberian Mas kahwin oleh suami kepada isteri yang baru dinikahinya. Menurut undang-undang Keluarga Islam, maskahwin ialah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, samada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak dapat dinilai dengan wang.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nisaa’ ayat 4 yang bermaksud : ” Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka.” Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadith riwayat Bukhari yang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .”
Ha… bakal-bakal suami jangan lupa mas kahwin ya… ia adalah WAJIB untuk para isteri….




Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih) Maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka

Diriwayatkan oleh Maisaran bin Ali dari Abu Said Al-Khudri





Tidak perlu mencari secantik Balqis,
andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf
jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim
andai diri tak sehebat Siti Hajar
dan mengapa didambakan teman hidup yang sempurna Muhammad
jika ada keburukan pada diri,
bimbinglah dirinya dan terima lah kekurangan itu sebagai keunikan,
carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya
dan berdoalah dia milik mu...

SEKILAS DI MAJLIS WALIMATUL URUS.....
Ya Allah Ya Tuhan kami
Kami mohon limpah kurnia Mu,
berkatilah majlis ini semoga berjalan dengan sempurna sepertimana yang Engkau Kehendaki.
Limpahkanlah barakah dan rahmat jua keampunan Mu kepada pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumah tangga mereka sakinah, mawaddah dan warahmah dalam ketaatan terhadapMu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan juga di akhirat. Sempurnakanlah iman serta agama mereka dengan berkat ikatan ini.
Moga perkongsian hidup mereka berkekalan hingga ke akhir hayat"







                                                        ~ sElaMaT pEnGAnTiN BaRu ~
                    ~ TENGKU SYAHREDZUAN DAN SITI AMINAH~
*cinta itu seperti bunga-bunga,ia akan tumbuh di setiap hati yang ingin di mengerti di setiap hati yang rindu di dampingi,
cinta iu seperti seekor kupu-kupuyang indah dan tak mungkin di sentuh,tapi keindahanya dapat menjadikan sebuah taman yang menenangkan.*
 ~Salam Ukhwah~


No comments:

Post a Comment