Welcome to my blog....

Monday, November 29, 2010

Kekasih Halalku….

Di waktu kelapangan ini.. tiba-tiba teringat suatu majlis Walimatul Urus yang telah saya hadiri bersama keluarga… Majlis yang sederhana dan berlandaskan  syariat Islam... Sungguh berseri pasangan mempelai taktala diusik oleh keluarga dan teman-teman rapat.. terpancar seri pengantin di kedua-dua wajah pesangan pengantin yang dirai..
Dengan Lafaz Akad Nikah maka telah halal dua hati untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah dalam Agama Islam. 

 



Sesi pemberian Mas kahwin oleh suami kepada isteri yang baru dinikahinya. Menurut undang-undang Keluarga Islam, maskahwin ialah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, samada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak dapat dinilai dengan wang.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nisaa’ ayat 4 yang bermaksud : ” Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka.” Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadith riwayat Bukhari yang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .”
Ha… bakal-bakal suami jangan lupa mas kahwin ya… ia adalah WAJIB untuk para isteri….




Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih) Maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka

Diriwayatkan oleh Maisaran bin Ali dari Abu Said Al-Khudri





Tidak perlu mencari secantik Balqis,
andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf
jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim
andai diri tak sehebat Siti Hajar
dan mengapa didambakan teman hidup yang sempurna Muhammad
jika ada keburukan pada diri,
bimbinglah dirinya dan terima lah kekurangan itu sebagai keunikan,
carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya
dan berdoalah dia milik mu...

SEKILAS DI MAJLIS WALIMATUL URUS.....
Ya Allah Ya Tuhan kami
Kami mohon limpah kurnia Mu,
berkatilah majlis ini semoga berjalan dengan sempurna sepertimana yang Engkau Kehendaki.
Limpahkanlah barakah dan rahmat jua keampunan Mu kepada pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumah tangga mereka sakinah, mawaddah dan warahmah dalam ketaatan terhadapMu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan juga di akhirat. Sempurnakanlah iman serta agama mereka dengan berkat ikatan ini.
Moga perkongsian hidup mereka berkekalan hingga ke akhir hayat"







                                                        ~ sElaMaT pEnGAnTiN BaRu ~
                    ~ TENGKU SYAHREDZUAN DAN SITI AMINAH~
*cinta itu seperti bunga-bunga,ia akan tumbuh di setiap hati yang ingin di mengerti di setiap hati yang rindu di dampingi,
cinta iu seperti seekor kupu-kupuyang indah dan tak mungkin di sentuh,tapi keindahanya dapat menjadikan sebuah taman yang menenangkan.*
 ~Salam Ukhwah~


Kemanisan Kesabaran dan Kesyukuran

" Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNYA kami kembali,"  mereka itu adalah orang-orang yang dikurniai rahmat Allah, dan mereka termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. " Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan,, serta kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, ' Inna Lillahi wa inna Ilahi raji'un. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" 

( Al-Baqarah: 155-157)

Justeru sahabatku.. Tidak rugi sezarah pun kalau kita bersabar dalam setiap perkara.. Sesungguhnya sabar itukan adalah sebahagian daripada iman. 




Ha... La Tahzan (jangan bersedih)... kita sentiasa ada yang Maha Mendengar untuk mendengar masalah kita,.. ingat sewaktu kita ditimpa ujian itu tanda kasih Allah kepada kita.. Dia sebenarnya mengingatkan dan menginginkan kita untuk sentiasa berdamping dengannya..





Ya Allah, tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahaya Mu, bimbinglah kesesatan ini ke arah jalanMu dan bimbinglah orang yang tergelincir menuju petunjukMu....

Sunday, November 7, 2010

Ya Allah Aku Jatuh Cinta

Cinta Terakhir - Aiman

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia


Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan


Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman

Penyejuk Di Hati

Permata Yang Dicari

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Lagu : Fahmi (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing

Saturday, November 6, 2010

free palestin...





 

Assalamualaikum dan salam ukhwah... selamat melewati blog saya yang hanya sederhana ini... Pada kesempatan ini eloklah kiranya kita memanjatkan syukur kepada Illahi kerana dengan limpah dan kurnia dapat kita bersua kembali. Wadah utama dalam penulisan blog ini ialah saya hendak menarik semua umat Islam agar bersatu-padu dalam mempertahankan agama yang suci ini. Yang lemah dibantu yang senang memberi bantuan.. Sahabatku, marilah kita mengenang sejenak tentang keperitan saudara kita di bumi Palestin. Kita sudah terlupa, diwaktu kita kaya ada yang memerlukan bantuan dari kita, diwaktu kita senang ada yang susah mempertahankan diri,keluarga,tanah air dan agama dari ancaman musuh yang datng silih berganti.  di waktu kita lapang ada yang sempit mencari ruang untuk melaksanakan ibadah kepada Allah. ingatlah sahabat ku, tidak mustahil perkara di Palestin tidak akan terjadi di bumi kita sendiri... sama-sama kita renungkan... jangan segalanya sudah terkubur, menjadi bubur baru kita kebulur untuk mencari penghulur... saya minta maaf andai tersalah kata dan bicara. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang elok itu datangnya dari kekurangan diri saya sendiri. Waallahualam..

ahlan wa sahlan....

Asalamualaikum dan salam sejahtera... ana baru di blog nie... justeru ana minta segala kemaafan andainya di blog ana ini masih lg mempunyai kekurangan... ana bru bermula... ana memerlukan sokongan  daripada semua...